BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday, February 22, 2011

awak tetap dalam hati saya

saya tak boleh ubah segala apa yang telah terjadi
saya tak boleh menarik balik segala perkataan yang telah saya ucapkan
saya tak mungkin lagi dapat menghapus segala kesalahan saya
dan mengulangi kegembiraan yang saya rasakan waktu lepas


sehingga mentari esok terbit,
saya tak tahu apa akan terjadi
saya tak boleh lakukan apa-apa untuk hari esok
saya tak mungkin tahu saya sedih atau ceria pada hari esok
kerana hari esok belum tiba...


pintu masa lalu saya telah tertutup
pintu masa depan saya belum tiba
saya hanya mampu diamkan diri saya untuk hari ini, 
hari ini yang abadi...


saya akan berbuat baik pada setiap orang dengan kebaikan hati dan
rasa hormat, meski mereka berlaku buruk terhadap saya


nasihat yang sering hati saya beri kepada diri saya
cintailah seseorang sepenuh hati hari ini
kerana mungkin esok cerita sudah berganti.
ingatlah bahawasanya, menunjukkan penghargaan pada
orang lain bukan kerana siapa mereka,
tetapi kerana siapa diri saya sendiri.


jadi, jangan biarkan masa lalu mengongkong kehidupan 
atau masa depan membuat rase bingung datang,
lakukan yang terbaik untuk
HARI INI yang abadi!!

0 comments: