Aku juga punya rasa hati
Aku suka sesuatu yang nyata
Aku juga suka sesuatu yang bisa aku tulis
Aku menulis untuk menuangkan isi dalam fikiranku yang selalu memberontak
Aku menulis bukan bererti aku ini ahli bahasa.
Aku menulis bukan bererti aku ini adalah orang pintar.
Aku menulis bukan bererti aku mengejar nama.
Puisi bagiku sebuah kerajaan yang luasnya tiada batas... Tetapi aku ini adalah tanah yang diberi nyawa oleh Tuhanku. Kerna aku bukan golongan yang petah percakapannya cuma berpuisi sahaja
Mengertilah,bahawasanya aku ini cuma insan biasa…………..
buat kamu yang benar - benar aku sayangi
buat kamu yang sentiasa menemani
kamu menjengah satu lagi dimensi baru dalam diri
dan untuk itu, aku titip doa pada Ilahi
moga Dia selalu memayungi hari - hari yang kau lalui
dengan segala kasih dan rahmat yang tak berbelah bagi…..
dan aku terdetik menulis kala aku rasa ada sesuatu dalam otakku merempuh antara mereka di pintu jari penaku
sedari itu,aku teruskan menulis dan menulis sampai tiba waktu itu,hari otakku mati..
sedari itu,aku teruskan menulis dan menulis sampai tiba waktu itu,hari otakku mati..

0 comments:
Post a Comment